Hatiku sering bertanya
Mengapa perlu adanya dusta
Sedangkan lidah sering berkata
Mengucapkan kata penuh makna
Hatiku sering bertanya
Kenapa tidak selalu wujudnya bahagia
Sedangkan bibir sering mengukir senyuman
Memancarkan keceriaan
Hatiku sering bertanya
Perlukah adanya sengsara
Sedangkan segelintirnya masih bergembira
Tanpa mengira masa
Hatiku kini mengerti
Mengapa wujudnya dusta
Kenapa tidak wujudnya bahagia
Masih perlu adanya sengsara
Kerana inilah realiti hidup manusia
Ada warna dan coraknya

No comments:
Post a Comment