Tuesday, August 7, 2012

Siapa Itu Qarin?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”

Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu.

Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin


Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?


Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”




Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.






Sunday, June 17, 2012

DOA

Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

Friday, May 25, 2012

Ciri-ciri suami Awesome - Ustaz Azhar Idrus

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 (lebih pon bagus jugak) ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu).

Wednesday, May 23, 2012

Impian Menjadi Kenyataan





Nazmi Faiz Mansor mempunyai hanya satu perkara yang pada fikirannya sejak beliau adalah seorang kanak-kanak untuk menjadi rakyat Malaysia yang pertama untuk bermain bola sepak penerbangan di Eropah. Pemain tengah berusia 17 tahun itu akhirnya menyedari impiannya dengan menjadi pemain pertama di Asia Tenggara untuk mendapat kontrak dengan sebuah pasukan liga Perdana di Portugal. Nazmi menandatangani perjanjian pra-kontrak untuk sesuatu perjanjian tiga tahun sehingga Julai 2015 dengan Sukan Clube Beira-Mar tiga hari lalu di pangkalan kelab di Aveiro.


Di bawah peraturan Persekutuan Persatuan Bola Sepak (FIFA), badan bola sepak dunia, Nazmi boleh menandatangani segi profesional hanya apabila dia menyambut hari lahirnya ke-18 pada 18 Ogos ini. Matlamat beliau dalam kelayakan Olimpik menentang Bahrain pada November lalu, adalah menunjukkan prestasi yang baik untuk Harimau Muda A dalam Liga Singapura.

Beira-Mar jurulatih Ulisses Morais, kagum dengan Malaysia, terutamanya Nazmi.
Nazmi mengatakan sukar baginya untuk menggambarkan perasaan Untuk bermain di Eropah yang telah lama menjadi matlamat dan impiannya.

"(Percubaan) ini adalah peluang terbaik saya dan saya bersyukur saya telah berjaya. Saya amat gembira dan teruja dan tidak sabar untuk memulakan pengembaraan baru saya.

"Saya sangat gembira dengan prospek bermain menentang Portugis kelab FC Porto, Benfica dan Sporting Lisbon."

"Saya jatuh cinta dengan kelab itu sejak saya mula-mula menjejakkan kaki di sini. Saya dilayan dengan baik dan saya akan sentiasa berpegang kepada kata-kata dan ajaran Morales jurulatih dan kapten Hugo (Vieira)," kata Nazmi, yang akan menyertai kelab pada bulan Ogos.

Semalam, beliau menyertai skuad belia kebangsaan di Budapest, Hungary, untuk perlawanan persahabatan. Beliau telah disambut dengan ucapan tahniah daripada Persatuan Bola Sepak, pegawai-pegawai Malaysia, yang diketuai oleh timbalan presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, ahli kongres FIFA.


Wednesday, January 18, 2012

Hasrat Hati





















Dari sinar matamu
Terlihat cahaya yang menyinar
Dari senyum di bibirmu
Terpancar keayuan yang mengoda
Ingin aku menghampirimu
Mendamba kasih yang suci
Apakah mampu diri ini
Untuk melakukannya
Kau umpama permata yang memancar
Dari celahan kaca yang seribu
Kau umpama purnama
Dari bintang yang berjuta
Diriku mungkin sekadar pepasir
yang beribu di pantai
Tidak mampu rasanya ingin dekati mu
Mungkir hanya takdir yang akan menetukan
Kita akan dapat bersama
Menyemai benih-benih cinta yang
akan mekar selamanya..

Tuesday, January 17, 2012

Nota buat kekasih
















Nota cinta ini ku tuliskan kepadanya
sebagai tanda kasih yang ku berikan
semoga dirinya terus disinari cinta suci ini
tiada lain yang kuharapkan
hanyalah kasih yang suci
ku hanya insan biasa yang perlukan belaian
seorang insan yang tulus sepertimu
tiada apa yang dapat diberikan
hanya hati yang ikhlas
akan terus ku utuskan untukmu kasih
nota cinta ini sebagai tanda setia
agar kau sentiasa mengigati
diri ini selamanya
semoga segala yang diharapkan akan tercapai
kita berdua menuju puncak kebahagiaan.

Kau yang bernama Teman





















Teman,
Sejak kehadiranmu, hidup makin terisi
Kau mengajarku erti kasih sayang
yang telah lama dilupakan sebelum ini

Teman,
Kau juga menunjukkan jalan yang lurus
Hati ini kadang kala lalai dan alpa
Kau telah menyedarkannya
untuk kembali ke lumrah yang sebenar

Teman,
Kasih sayang yang kau pamerkan
Membuatkan ku terasa bagai dihargai
Segala yang kau lakukan untukku
Terserlah keikhlasan dan kejujuran mu

Taman,
Kau menunjukkan ku erti kesabaran
Keperibadianmu membuatkan jiwa ini luluh
Budimu tidak dapat ku balas lagi
hanya ucapan yang ikhlas diberikan

Teman,
Tetapi ini hanya sementara
Tidak lagi berkekalan
Tidak lagi bertahan
Takdir telah menentukan segalanya
Kita terpaksa berjauhan
Walau rasa kasih masih membara
Segalanya adalah suratan
Walau jasad kita jauh
namun ikatan yang telah disimpul ini
Tidak mungkin dileraikan lagi
Doa ku agar kau bahagia
menuju puncak impian yang diidamkan
Semoga ikatan ini terus utuh selamanya..

Friday, January 13, 2012

Harapan esok




















Harapan hari ini adalah untuk esok
Kenangan semalam diingati hari ini
Mungkin sejarah lalu lebih indah dari hari ini
Tidak mungkin yang pahit semalam dikenangkan
Walaupun ke mana jua melangkah
Sejarah yang lalu harap dikenang
Keindahan hari ini menjadi pedoman untuk esok
Pembakar semangat yang utuh untuk hari mendatang
Kesilapan semalam usah diulangi hari ini
Moga hari ini tiada silap lagi dilakukan
Esok biarlah lebih baik dari hari ini
dan juga yang mendatang.
Tangan yang menghulur biarlah luhur
Kaki melangkah haruslah tenang
Jiwa tetaplah teguh
Hati haruslah tabah
Untuk hari ini, esok dan juga mendatang..

Wednesday, January 11, 2012

Watak Dunia














Bukan senang nak senang
Bukan susah nak susah
Bukan mudah nak indah
Bukan sukar nak gagal

Tidak semua nampak cantik
Tidak semua cukup sifat
Tidak semua mudah dapat
Tidak semua dapat digapai

Ini semua dugaan
Ini semua lakonan
Ini semua kurniaan
Ini semua balasan

Semua ini adalah watak
Dicipta untuk mewarnai
Dihidupkan saling melengkapi
Diwujudkan untuk kedamaian
keharmonian serta keindahan

Bukan untuk disia-siakan
Tidak sekadar batuan
Segalanya berfungsi dan bernyawa
Inilah dunia yang dikurniakan.
Hargailah ia sebaiknya.

Friday, January 6, 2012

Gapai Awan
















jiwaku sering bermimpi
mengapai awan yang terbentang
sering juga hati ini ingin terbang
menerjah langit yang biru

kaki terus melangkah mencari haluan
gerak laku sering berubah
menongkah putaran masa
mencari damai yang diharapkan
semoga dikecapi suatu masa

haluan diri kini ditemui
dalam naluri yang telah dipatri
sebagai penunjuk ke ruangan yang abadi
segala pengharapan kini dikecapi
tadahan sykur pada Illahi
semoga segala kurniaan ini
diamanahkan dengan semulianya.